Lanjutan daripada pengumuman permainan ReadySet Heroes yang diumumkan ketika acara State Of Play sebelum ini, Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan buat pasaran Malaysia pada 2 Oktober 2019 ini dan ianya akan dijual dengan harga bermula RM79.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan bentuk dungeon crawler dan ianya juga menyertakan mod yang menarik iait pertempuran secara multi-pemain. Melalui permainan ini, pemain boleh bermain secara 1v1v1v1 atau 2v2 secara dalam talian dan juga setempat.
Menariknya, bersempena dengan pengumuman Sony juga membuka pra-tempahan permainan tersebut yang mana buat mereka yang menempahnya Sony akan menyertakan beberapa kandungan digital tambahan seperti:
- Tema khas ReadySet Heroes buat Playstation 4
- Avatar PSN
- Muzik latar ReadySet Heroes
- Kostum Playstation Hero Crown
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pra-tempahan melalui PSN Store di bawah.
[info] Pra-Tempah: ReadySet Heroes [/info]