Seperti yang diumumkan oleh PQube sebelum ini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan AeternoBlade II di mana ianya akan dilancarkan pada 11 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini dibangunkan oleh CoreCell Technology, iaitu pembangun dari Thailand dan melalui permainan kedua AeternoBlade ini, ianya akan memfokuskan bentuk permainan aksi pengembaraan.

Kali ini melalui permainan kedua Aeterno Blade ini, pembangun menyertakan 3 watak berbeza yang pemain boleh mainkan iaitu watak Freyja daripada permainan pertama dan dua watak baharu iaitu Felix dan Bernard. Ketiga-tiga watak tersebut akan menyertakan kemahiran yang berbeza di mana mereka perlu mengembara untuk hentikan kejahatan oleh Dark Abyss.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pastikan anda membelinya setelah ianya dilancarkan kelak menjelang Oktober ini mengikut platform pilihan anda.

Sohor Kini