Filem The Matrix ketiga dan terakhir adalah The Matrix Revolutions yang ditayangkan pada tahun 2003. Ia dilakonkan oleh Keanu Reeves dan Carrie Anne-Moss, yang mana memainkan watak Neo dan Trinity.

Kini selepas 16 tahun, berita rasmi buat sekuel filem ini akhirnya kedengaran. Filem keempat The Matrix akan dihasilkan oleh Warner Bros. Mereka juga telah memaklumkan yang Lana Wachowski akan kembali sebagai pengarah dan penulis buat sekuel filem ini. Bukan itu sahaja, Keanu dan Carrie juga akan kembali melakonkan watak asal mereka.

Tiada sebarang informasi lain berkaitan dengan filem ini, seperti tarikh tayangan, jalan cerita atau pelakon-pelakon lain yang akan berlakon. Tetapi menurut Variety, penggambaran akan bermula pada awal tahun 2020. Jadi, mari sama-sama kita nantikan.