Informasi Permainan Video Terkini
Sony Berkongsi Perbandingan Grafik Versi Penambah-Baikkan Untuk MediEvil

Sony Berkongsi Perbandingan Grafik Versi Penambah-Baikkan Untuk MediEvil

Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 oleh .

Sony sebelum ini telah berkongsi satu video di sebalik tabir pembangunan MediEvil versi penambah-baikkan. Minggu ini mereka berkongsi pula perbandingan di-antara grafik untuk MediEvil yang dikeluarkan pada tahun 1998 dengan yang sedang dibangunkan sekarang.

Selain perbandingan, mereka juga berkongsi beberapa maklumat mengenai MediEvil yang pemain harus tahu;

  • Ia mempunyai elemen yang sama seperti Dark Soul
  • Kebanyakan elemen permainan asal akan dikekalkan, penambah-baikkan banyak memfokuskan kosmetik sahaja.
  • Pelakon suara akan menggabungkan yang lama dengan pelakon suara baharu.
  • Muzik latar asal akan dirakam semula untuk memberi muzik yang lebih baik tetapi masih mengekalkan identiti permainan tersebut.

MediEvil akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober 2019 ini khas di konsol PlayStation 4.


TIPS & ULASAN