Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Umum The Yakuza Remastered Collection Buat Playstation 4 – Menyertakan Yakuza 3, 4 Dan 5 Secara Berperingkat

SEGA Umum The Yakuza Remastered Collection Buat Playstation 4 – Menyertakan Yakuza 3, 4 Dan 5 Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh SEGA sebelum ini berkenaan siri permainan Yakuza akan dipernambah-baikkan iaitu Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5 ke konsol Playstation 4, mereka kini akhirnya mengesahkan permainan tersebut akan dilancarkan bersama-sama dengan tarikh pelancaran.

Melalui versi pernambah-baikkan tersebut, SEGA melancarkan berkas The Yakuza Remastered Collection yang mana ianya akan menyertakan ketiga-tiga permainan Yakuza iaitu Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5.

Namun, ketiga-tiga permainan tersebut akan dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Yakuza 3 yang telah pun dilancarkan hari ini, diikuti dengan Yakuza 4 pada 30 Oktober 2019 dan Yakuza 5 pada 12 Februari 2020.

Sekaligus untuk memudahkan pemain mendapatkan ketiga-tiga permainan tersebut, SEGA melancarkan berkas bersama yang mana ianya boleh dibeli secara digital dengan harga RM239 melalui PSN Store.

Menurut SEGA, ketiga-tiga permainan tersebut dipernambah-baikkan dengan resolusi 1080p bersama kadar bingkai sesaat sebanyak 60fps. Dari segi kandungan lain, seperti yang dijanjikan oleh SEGA sebelum ini, mereka tidak langsung memotong sebarang kandungan yang mereka lakukan sebelum ini bagi versi Playstation 3. Ini sekaligus meletakkan terdapat beberapa kandungan khas yang tiba buat pertama kalinya di pasaran global.

Juga bersempena dengan pengumuman ini, SEGA juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan edisi fizikal buat koleksi permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba pada Februari tahun hadapan bersama dengan pelancaran Yakuza 5. Namun versi fizikal tersebut adalah terhad dan ianya akan menyertakan dua cakera Blu-Ray untuk ketiga-tiga permainan tersebut.

Semestinya dengan pengumuman ini, secara keseluruhannya kesemua siri utama Yakuza kini tiba di konsol Playstation 4 termasuklah Yakuza 0, Yakuza Kiwami, Yakuza Kiwami 2 dan Yakuza 6 yang dilancarkan sebelum ini.

Namun bagi anda yang ingin mendapatkan permainan ini di PC, kami percaya ianya juga bakal tiba pada masa akan datang memandangkan permainan Yakuza sebelum ini juga dilancarkan di PC.


TIPS & ULASAN