Semalam kami telah melaporkan yang Spider-Man: Far From Home adalah filem Sony dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Walaupun hakikatnya ramai yang kurang gemar filem Spider-Man diolah (reboot) berulang kali, tetapi disebabkan versi kali ini terikat dengan MCU – ramai mula menerimanya.

Menurut Deadline baru-baru ini, selepas ini mungkin kita tidak akan melihat lagi filem Spider-Man dalam MCU. Sumber mengatakan yang Kevin Feige tidak lagi ingin menghasilkan filem Spider-Man dalam MCU. Antara sebabnya adalah terdapat isu perjanjian antara Sony dan Disney, yang mana Disney mencadangkan segala hal kewangan berkaitan Spider-Man dibahagikan kepada 50/50 – tetapi Sony menolak cadangan tersebut.
Tambahan sumber lagi, Kevin Feige akan berminat untuk terus menghasilkan jika Sony dan Disney mempunyai satu terma yang dipersetujui antara satu sama lain. Menurut laporan, dua filem Spider-Man sedang disusahakan dengan harapan Jon Watts akan kembali sebagai pengarah dan Tom Holland sebagai Spider-Man.

Jadi harapnya jika tiada apa-apa aral, kita akan lihat sekurang-kurangnya dua lagi filem Spider-Man dalam MCU. Sony juga mengatakan mereka sudah pun ada templat kreatif untuk hasilkan Spider-Man tanpa Kevin Feige.