Informasi Permainan Video Terkini
Pillars of Eternity II: Deadfire Disahkan Akan Tiba Untuk PS4, Xbox One dan Switch

Pillars of Eternity II: Deadfire Disahkan Akan Tiba Untuk PS4, Xbox One dan Switch

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Versus Evil hari ini mengumumkan permainan Pillars of Eternity II: Deadfire akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch sekitar tahun ini. Ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh Obsidian Entertainment.

Ia adalah versi Ultimate Edition yang menyertakan kesemua DLC iaitu Beast of Winter, The Forgotten Sanctum dan Seeker, Slayer, Survivor. Permainan ini telah dikeluarkan untuk PC sejak tahun lepas.

Dengan pengumuman ini, ia mengesahkan ura-ura yang mengatakan ia akan turut tiba di konsol seperti permainan yang pertama iaitu Pillars of Eternity, di mana versi Switch baru sahaja dikeluarkan bulan ini, manakala untuk PS4 dan Xbox One sudah tiba pada tahun 2017.


TIPS & ULASAN