King Art Games dan Deep Silver ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2019 mengumumkan yang permainan klasik strategi masa-nyata mereka iaitu Iron Harvest akan dikeluarkan pada 1 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Iron Harvest adalah permainan yang berlaku pada di dunia realiti berlainan sekitar tahun 1920an. Ia memperlihatkan peperangan di antara tentera manusia dan pelbagai mesin dan senjata.
Permainan tersebut sebelum ini menerima dana sebanyak $1.3 juta (RM5.4 juta) melalui laman biayasama Kickstarter berbanding sasaran sebanyak RM1.8 juta.