Anno 1800 semestinya merupakan salah satu siri permainan terlaku buat siri tersebut yang mana ianya juga menyertakan pelbagai kandungan tambahan yang diumumkan oleh Ubisoft sebelum ini.

Semalam ketika acara pembukaan Gamescom 2019, Ubisoft tidak melepaskan peluang untuk berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan tersebut termasuklah DLC kedua yang bakal tiba 10 September ini iaitu DLC Botanica.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan kemaskini kitaran siang dan malam buat permainan tersebut secara percuma yang mana ianya bakal tiba menjelang 10 September 2019 ini.

Akhir sekali, ketika pengumuman tersebut, Ubisoft juga menyatakan bahawa permainan Anno 1800 boleh dicuba secara percuma bermula hari ini sehingga 26 Ogos 2019. Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk mencubanya.

Cuba: Anno 1800

Sohor Kini