Informasi Permainan Video Terkini
Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 Tiba 5 November Ini Untuk Switch – Turut Menyertakan Mod 2D

Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 Tiba 5 November Ini Untuk Switch – Turut Menyertakan Mod 2D

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

SEGA hari ini akhirnya mengesahkan yang permainan Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 akan dikeluarkan pada 5 November 2019 secara eksklusif untuk Switch.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, mereka juga berkongsi satu video acah baharu. Menariknya, video acah tersebut juga memperlihatkan mod permainan di dalam 3D dan juga 2D klasik.

Menurut SEGA, terdapat 10 acara yang menyokong mod permainan 2D klasik iaitu;

  • 100m
  • 10m Platfom (Terjun)
  • 400m Lari Berpagar
  • Gimnastik Artistik
  • Judo
  • Kayak Berseorangan (K-1) 1000m
  • Lompat Jauh
  • Maraton
  • Menembak
  • Bola Tampar

Acara yang menyertakan mod permainan 3D pula adalah;

  • 100m
  • 110m Lari Berpagar
  • 4 x 100m Lari Berganti-ganti
  • Memanah
  • Badminton
  • Tinju
  • Kanu
  • Lontar Peluru
  • Menunggang Kuda
  • Lawan Pedang
  • Bola Sepak
  • Gimnastik Lantai
  • Lontar Lembing
  • Karate
  • Ragbi
  • Papan Luncur
  • Sukan Mendaki
  • Luncur Air
  • Renang
  • Ping-Pong
  • Lompat Kijang

Permainan ini juga akan menyokong kawalan menggunakan pergerakan Joy-con tetapi bukan untuk semua permainan. Selain itu ia juga boleh dimainkan secara berseorangan, multi-pemain setempat ataupun dalam talian. Bagi anda yang berminat ia akan ditawarkan dengan harga $59.99 (RM250).


TIPS & ULASAN