505 Games dan Typhoon Studios hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan Journey To The Savage Planet yang mana ianya sebelum diumumkan sekitar Disember tahun lepas dan ianya akhirnya bakal dilancarkan secara rasmi menjelang 28 Januari 2020 ini.

Journey To The Savage Planet dibangunkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dan ianya akan dilancarkan secara global dengan harga sekitar $29.99(~RM126).

Melaluinya, video acah baharu ini, mereka memperlihatkan bentuk permainan secara multi-pemain yang mana ianya menyertakan mod koperasi sebanyak dua pemain serentak. Menariknya, pemain berupaya untuk bekerjasama untuk mengembara di dalam dunia permainan tersebut secara bersama.

Selain itu, seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini juga menyertakan pelbagai bentuk penerokaan flora dan fauna yang pemain boleh temui dan juga mempunyai pelbagai jenis gajet dan kelengkapan untuk memudahkan pemain mengembara di dalam permainan tersebut.

Semestinya bagi anda yang meminati permainan bergenre ini, anda boleh dapatkannya menjelang awal tahun hadapan.

Sohor Kini