Ketika acara pembukaan Gamescom 2019 semalam, Rockfish Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Everspace seterusnya di mana ianya bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC menjelang tahun 2021 ini.
Menurut Geoff Keighley, permainan tersebut dibangunkan oleh pembangun dari Jerman dan ianya memaparkan bentuk permainan tembak menembak jet pejuang di angkasa lepas dengan penuh beraksi.
Berdasarkan video acah yang diperlihatkan di atas juga, ianya kelihatan mempunyai bentuk dunia yang luas dan beberapa elemen RPG. Pembangun permainan ini, iaitu Rockfish Games juga menyatakan bahawa Everspace 2 akan memfokuskan bentuk permainan secara solo dengan pelbagai penceritaan dan ganjaran yang mendalam.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah ianya diumumkan secara rasmi, termasuklah tarikh pelancaran dan kandungan permainan lain.