Ketika acara Gamescom 2019 semalam, Ubisoft memperlihatkan mod pemain lawan pemain bagi permainan Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint yang mana ianya bakal dilancarkan Oktober ini.
Mod tersebut merupakan sebahagian mod multi-pemain yang bakal tiba buat permainan tersebut dan ianya boleh dimainkan buat kesemua platform yang dilancarkan.
Melalui mod tersebut, pemain akan bertempur antara 4 pemain lawan 4 pemain yang mana ianya memfokuskan bentuk taktikal dan kerjasama antara pasukan. Dengan 4 kelas watak berbeza iaitu Assault, Panther, Sharpshooter dan Medic, pemain perlu menggunakan segala persekitaran dan kemahiran berbeza untuk meraih kejayaan.
Bersempena dengan itu, Ubisoft juga memperlihatkan satu video khas yang menerangkan bentuk Ghost War dengan lebih lanjut yang mana mod tersebut akan menyediakan 6 pilihan peta berbeza yang mana cuaca di dalam permainan tersebut juga akan memberi kesan terhadap keseluruhan persekitaran permainan tersebut.
Menariknya juga mod Ghost War ini juga menyertakan elemen seakan mod pertempuran royale di mana peta permainan tersebut akan semakin kecil mengikut masa dan pemain perlu menewaskan pasukan musuh sebelum ianya tamat.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, beta buat permainan tersebut juga bakal berlangsung bermula September ini dan informasi lanjut berkenaannya boleh dibaca melalui pautan ini.
Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint bakal dilancarkan pada 4 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.