Skip to main content

Bersempena dengan acara Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, Bandai Namco mempertontonkan satu lagi video acah baharu buat permainan Sword Art Online: Alicization Lycoris yang diumumkan sebelum ini.

Melaluinya, mereka juga memperlihatkan watak baharu iaitu Medina Orthinanos di mana beliau adalah sebahagian daripada watak utama buat permainan tersebut.

Bersempena dengan video acah yang diperlihatkan, Bandai Namco juga mengadakan peraduan khas yang mana peminat berupaya untuk menghasilkan reka bentuk kostum khas buat watak Kirito atau Alice di mana rekaan kostum terbaik akan dimasukkan di dalam permainan tersebut apabila ianya dilancarkan kelak.

Sesi peraduan tersebut akan terbahagi kepada beberapa peringkat di mana peringkat penyerahan akan berlangsung bermula minggu ini sehingga 6 September 2019 kelak. Bandai Namco kemudian akan mengumumkan 12 rekaan terbaik menjelang acara Tokyo Game Show 2019 ini dan sesi undian akan berlangsung bermula 13 hingga 27 September kelak. Akhir sekali, kostum yang mendapat pilihan terbaik akan diumumkan menjelang Oktober ini.

Bagi anda yang berminat dengan peraduan ini dan ingin menghantar rekaan kostum tersebut, anda boleh berbuat demikian melalui laman rasmi permainan tersebut. Anda juga berupaya untuk melihatkan kesemua peraturan, informasi lanjut dan termasuklah templat untuk anda membuat rekaan kostum tersebut.

Dari segi hadiah ganjaran pula, Bandai Namco mengesahkan bahawa nama pemenang akan diletakkan di dalam kredit permainan tersebut dan pemenang juga akan menerima permainan Sword Art Online Alicization Lycoris secara digital mengikut platform pilihan termasuklah kod muat-turun kostum tersebut.

Sword Art Online: Alicization Lycoris diumumkan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Namun dari segi tarikh pelancaran ianya masih belum diumumkan.

Leave a Reply