Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order – Pek DLC Marvel Knights Bakal Tiba 30 September Ini

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order – Pek DLC Marvel Knights Bakal Tiba 30 September Ini

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Nintendo dan Team Ninja akan melancarkan DLC watak Marvel Knights buat permainan Marvel Ultimate Alliance: The Black Order.

Terkini, tarikh pelancaran buat DLC tersebut akhirnya diumumkan di mana ianya bakal hadir pada 30 September 2019 ini. DLC tersebut sememangnya sebahagian daripada pas musim permainan tersebut dan ianya adalah kandungan DLC pertama dan kandungan DLC seterusnya akan memfokuskan watak X-Men dan Fantastic Four, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Melalui DLC “Curse Of The Vampires” tersebut, ianya akan menyertakan watak Blade, Moon Knight, Punisher dan Morbius. Selain itu, DLC tersebut juga akan menyertakan kandungan penceritaan tambahan bersama-sama dengan misi koperasi baharu yang dipanggil Mod Gauntlet.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order dibangunkan oleh Team Ninja dan ia telah pun dilancarkan secara eksklusif di Switch.


TIPS & ULASAN