Bandai Namco hari ini bersempena Gamecom 2019 berkongsi satu video acah baharu buat permainan Dragon Ball Z: Kakarot. Seperti kita sedia maklumat, penceritaan di dalam permainan tersebut adalah berdasarkan penceritaan asal dan kali ini ia memfokuskan mengenai Cell dan Gohan.
Ia akan menceritakan kembali bagaimana Gohan menjadi harapan untuk menyelamatkan dunia daripada Cell. Ia juga mengimbas kembali bagaiman Gohan membesar. Ia sudah semestinya akan mengenang kembali kepada pelbagai adegan ingatan ramai.
Selain itu, ia juga memperlihatkan bentuk pertempuran serta permainan mini seperti memakan makanan. Dragon Ball Z Kakarot dijadualkan bakal tiba awal 2020 di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.