Skip to main content

Dengan pelancaran Code Vein yang semakin hampir menjelang September ini, Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo khas buat permainan tersebut pada 3 September 2019 ini khas di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Code Vein merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran yang mencabar. Ianya bukan sahaja mempunyai bentuk secara solo, malah bentuk multi-pemain juga diumumkan bakal tiba secara bersama. Pemain juga berupaya untuk menghasilkan watak mereka sendiri.

Melalui demo tersebut, pemain akan berupaya untuk mencuba sebahagian daripada permainan tersebut di konsol. Meskipun begitu, bagi mereka yang ingin dapatkannya di PC, dukacitanya demo tersebut tidak diumumkan buat pemain di PC.

Kami sebelum ini telah berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di artikel ini.

Code Vein akan dilancarkan pada 27 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply