Skip to main content

Behaviour Interactive dan Starbreeze Studios hari ini mengumumkan penambahan seterusnya untuk Dead by Daylight adalah kandungan berdasarkan siri popular Netflix Stranger Things.

Di dalam penambahan ini, ia akan menyertakan dua watak survivor baharu iaitu Steve dan Nancy. Manakala pembunuh baharu adalah Demogorgon iaitu makhluk yang tidak asing lagi bagi pengikut siri ini.

Ia juga akan menyertakan peta baharu iaitu Hawkings National Laboratory: The Underground Complex.

Penambahan ini akan dikeluarkan untuk kesemua platform bermula September ini. Seperti penambahan lain, ia mungkin akan dijual dengan harga bermula RM17.50.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply