Informasi Permainan Video Terkini
Sesi Percubaan Alpha 2v2 Buat Call Of Duty: Modern Warfare Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini Khas Di Playstation 4

Sesi Percubaan Alpha 2v2 Buat Call Of Duty: Modern Warfare Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini Khas Di Playstation 4

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Ketika acara Gamescom 2019 semalam, Infinity Ward dan Activision mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sesi percubaan Alpha khas bermula hujung minggu ini buat mod pertempuran 2 lawan 2 bagi permainan Call Of Duty: Modern Warfare.

Sesi percubaan tersebut akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2019 ini dan ianya akan menyertakan 5 peta khas buat pemain untuk mencuba mod tersebut di mana ianya terdiri daripada lokasi Stack, King, Speedball, Docks dan Pine.

Menurut Activision, sesi Alpha tersebut akan terbuka buat semua pemilik Playstation 4 yang mempunyai akses internet dan ianya adalah persediaan Activision buat Beta terbuka yang bakal berlangsung September ini. Sekaligus, sesi Alpha ini juga tidak memerlukan pemain untuk membuat sebarang pra-tempahan, langganan Playstation Plus dan ianya boleh di akses melalui PSN Store.

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN