Ketika acara E3 2019 lepas, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Age Of Empire II sebagai permainan pernambah-baikkan iaitu Age Of Empire II: Definitive Edition di PC.
Ianya merupakan kesinambungan permainan pernambah-baikkan buat siri tersebut di mana sebelum permainan pertama Age Of Empire: Definitive Edition telah pun dilancarkan dan semalam ianya diumumkan tiba di Xbox Game Pass PC.
Terkini, ketika acara Gamescom 2019 ini, Microsoft akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan pernambah-baikkan kedua Age Of Empire tersebut bakal tiba 14 November 2019 ini yang mana anda boleh dapatkan melalui Windows Store ataupun melalui Steam. Menurut Microsoft, permainan ini juga akan dilancarkan melalui langgan Xbox Game Pass di PC.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan berkas permainan tersebut secara bersama dengan permainan Age Of Empire: Definitve Edition dan Age Of Empire II: Definitive Edition secara bersama di Steam dengan harga hanya RM117.
Seperti biasa, edisi pernambah-baikkan ini akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti misi baharu, tamadun baharu “The Last Khan” dan juga sokongan resolusi sehingga 4k.
Seperti biasa, bagi anda yang berminat dengan siri ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang November ini.