Di acara Inside Xbox bersempena Gamescom 2019, inXile Entertainment berkongsi video acah baharu buat permainan seterusnya untuk siri Wasteland iaitu Wasteland 3.
Video acah kali ini memfokuskan bentuk pertempuran termasuk juga memperlihatkan pelbagai senjata dan penjahat berbeza yang ada di dalam permainan ini.
Wasteland 3 sebelum ini diumumkan akan keluar pada akhir tahun ini, namun selepas Microsoft mengambil alih inXile Entertainment, mereka mempertingkatkan lagi kualiti pembangunan dan menunda ke awal tahun 2020.
Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.