Siapa sangka, filem animasi 3D tempatan telah ditonton sebanyak 1.5 Juta kali dalam masa 11 hari sejak 8 Ogos 2019. Dalam masa 11 hari ini juga filem ini telah berjaya mengutip RM21.2 Juta, yang mana merupakan filem animasi 3D tempatan tertinggi setakat ini. Jika dibandingkan dengan Upin-Ipin: Keris Siamang Tunggal – kutipan yang diperoleh adalah RM25.28 Juta dalam masa 68 hari – berkemungkinan besar BoBoiBoy Movie 2 boleh tewaskan kutipan ini dengan mudah.
Sempena kejayaan ini juga, pihak Monsta telah memperkenalkan satu sistem ganjaran untuk semua. Ia diperkenalkan agar rakyat Malaysia menonton filem ini berulang-kali. Apakah sistem ganjaran tersebut? Lihat di bawah;
Kelak jika sudah melebihi 2 Juta tontonan, akan ada banyak lagi kandungan eksklusif didedahkan oleh pihak Monsta. Jadi bagi peminat setia BoBoiBoy, anda perlu saksikan filem ini berulang-kali sehingga ia mencapai sasaran jika ingin lihat apakah kandungan lain yang akan dikongsikan.