Skip to main content

Spider-Man: Far From Home adalah filem MCU terakhir untuk fasa ketiga. Berbanding dengan Spider-Man: Homecoming, Far From Home adalah lebih menarik dan lebih seronok. Filem ini juga tamat dengan adegan yang menjadi orang ramai tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungannya.

Sejak penghujung Julai lalu, kutipan di Malaysia sahaja telah mencapai lebih RM34.8 Juta ($8,332,300). Untuk kutipan di Amerika Syarikat sahaja, pada 15 Ogos lepas filem ini berjaya mengutip melebihi RM1.5 Bilion ($376,676,361). Jumlah kutipan seluruh dunia pula kini mencapai lebih dari RM4.6 Bilion ($1.109 Milion). Secara tidak langsung, ini menjadikan kutipan filem Spider-Man: Far From Home filem Sony dengan kutipan paling tinggi. Ia juga sudah menewaskan rekod lama, Skyfall ($1.108 Milion).

Kemudian sempena hari pekerja di Amerika Syarikat 29 Ogos kelak, Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan semula dengan 4 minit adegan aksi tambahan. Selepas menghubungi pihak Sony Pictures Malaysia, duka cita dimaklumkan – ia disahkan yang versi baharu filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Leave a Reply