Skip to main content

Sebelum ini ketika acara San Diego Comic-Con yang berlangsung Julai lepas, Crystal Dynamics dan Square-Enix mempertontonkan satu video khas yang memperlihatkan bentuk permainan buat permaian Marvel’s Avengers yang bakal tiba tahun hadapan. Meskipun begitu, video acah tersebut tidak dilancarkan secara rasmi dan video yang tertiris hanyalah daripada rakaman daripada pengunjung acara tersebut.

Terkini, seperti yang dijanjikan oleh Square-Enix, mereka akhirnya mempertontonkan video acah tersebut secara rasmi bersempena dengan acara Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini.

Melalui video tersebut, Crystal Dynamics memperlihatkan sebilangan bentuk permainan buat kesemua watak utama Avengers yang terdiri daripada Thor, Iron Man, Hulk, Black Widow dan Captain America. Menariknya juga, video acah tersebut juga memperlihatkan sebahagian kemahiran yang pemain boleh lakukan seperti membaling penukul Mjolnir oleh Thor dan bentuk penerbangan buat watak Iron Man.

Menariknya juga, melalui video berdurasikan 18 minit tersebut, watak penjahat Taskmaster juga diperlihatkan dan pemain kelihatan berupaya untuk bertempur dengannya dengan menggunakan watak Black Widow.

Selain itu, video acah tersebut juga memperlihatkan bahagian awal permainan tersebut yang mana ianya bertempatkan ketika acara A-Day. Melaluinya, pasukan adiwira tersebut diserang oleh sekumpulan penjahat dan pemain perlu bertempur dengan mereka untuk membanteraskan rancangan jahat Taskmaster.

Dari segi aspek permainan yang lain, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, di mana permainan Marvel’s Avengers akan menyertakan sebilangan pengubah-suaian kostum buat watak adiwira-adiwara Avengers dan juga ianya akan menyertakan bentuk multi-pemain.

Marvel’s Avengers bakal dilancarkan pada 15 Mei 2020 kelak di Playstation 4, Xbox One, PC dan Stadia.

Leave a Reply