Yager Development iaitu pembangun untuk permainan Spec Ops: The Line dan Dreadnought mengumumkan permainan baharu ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2019 iaitu The Cycle.
The Cycle adalah permainan aksi menembak dalam talian yang menyertakan mod permainan PvEvP. Dalam satu permainan ia menyokong sehingga 20 pemain pada satu masa dan setiap pemain akan mendapat pelbagai kontrak untuk diselesaikan seperti mencari bahan ataupun membunuh raksasa tertentu.
Pemain yang menyelesaikan kontrak terbanyak akan memenangi satu sesi perlawanan. Oleh disebabkan ia bergantung kepada kontrak, membunuh pemain lain adalah bukan satu syarat untuk menang tetapi ia boleh membantu untuk melambatkan pemain tersebut menyelesaikan kontrak.
Pemain juga boleh bekerjasama dengan pemain lain dengan melakukan pakatan. Apabila di dalam pakatan, pemain tidak boleh membunuh rakan, pakatan juga boleh diputuskan pada bila-bila masa.
Anda boleh bermain secara solo dan dapat melakukan pakatan dengan mana-mana pemain, ataupun bermain secara duo dan pakatan boleh diputuskan ataupun secara berempat tetapi pakatan akan terus kekal.
Jika anda ingin mencuba, versi akses awal kini boleh dimuat turun secara percuma melalui Epic Games Store. Anda juga boleh membayar pelbagai pek untuk mendapat barangan, emote dan juga watak.
[download]Epic Games Store: The Cycle[/download]