Skip to main content

Ketika acara Xbox Inside sempena Gamescom 2019, Microsoft berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan akan datang mereka, iaitu Gears 5 yang mana mereka memperlihatkan sebilangan mod baharu buat permainan tersebut termasuklah kandungan Halo: Reach.

Video pertama yang diperlihatkan adalah video acah penceritaan permainan tersebut yang mana mereka memperlihatkan lebih lanjut penceritaan watak Kait dan beberapa adegan permainan yang memaparkan watak Marcus Fenix.

Selain itu, mereka juga memperlihatkan mod Horde yang mana ianya kembali buat permainan Gears 5 kali ini. Mod horde memfokuskan bentuk multi-pemain secara koperasi di mana ia meletakkan 5 pemain untuk bertempur dengan sebilangan musuh secara berperingkat.

Menariknya sekali, mod ini juga menyertakan sebilangan pilihan watak yang berbeza dan setiap watak mempunyai kemahiran yang unik buat pemain gunakan ketika bertempur.

Menurut pembangun, mod Horde ini akan tiba secara bersama buat permainan Gears 5 apabila ia dilancarkan September kelak.

Juga bersempena dengan pengumuman tersebut, Microsoft juga memperlihatkan kandungan khas buat permainan Gears 5 yang mana mereka akan menyertakan watak-watak daripada Halo: Reach.

Melaluinya, Microsoft akan menyertakan watak Emile dan Kat di mana mereka bukan sahaja mempunyai kostum tersendiri malah dengan rekaan senjata khas. Kandungan tersebut akan disertakan secara bersama buat mereka yang mempunyai langganan Xbox Game Pass Ultimate ataupun permainan Gears 5 Ultimate Edition.

Akhir sekali, bersempena dengna pengumuman konsol Xbox One X dengan rekaan Gears 5 sebelum ini, Microsoft juga memperlihatkan satu video khas yang memperlihatkan di sebalik tabir buat konsol tersebut yang mana mereka bukan sahaja mempertontonkan bagaimana konsol tersebut dihasilkan malah rekaan alat kawalan Xbox One dan jgua cakera keras bersama-sama papan kekunci dan tetikus oleh Razer.

Gears 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2019 ini di konsol Xbox One dan juga di PC.

Leave a Reply