Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Mengumumkan 2 Pilihan Warna Baharu Untuk Alat Kawalan Xbox – Night Ops Camo Dan Sport Blue

Microsoft Mengumumkan 2 Pilihan Warna Baharu Untuk Alat Kawalan Xbox – Night Ops Camo Dan Sport Blue

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Selain mengumumkan pelbagai permainan, di acara Inside Xbox bersempena Gamescom 2019, Microsoft turut mengumumkan 2 pilihan warna baharu untuk alat kawalan Xbox.

Ia adalah Nights Ops Camo yang menyertakan rekaan corak tentera dengan campuran warna hitam, kelabu dan emas. Ia akan dikeluarkan 8 Oktober 2019 dengan harga $69.99(RM292).

Selain itu mereka juga mengumumkan Sport Blue menyertai Sport Red dan Sport White yang sudah dikeluarkan sebelum ini. Ia akan ditawarkan bermula 17 September 2019 dengan harga yang sama.

Ini mungkin bukanlah pilihan warna yang unik untuk alat kawalan Xbox akan tetapi ia memberikan lebih lagi pilihan kepada pemain yang ingin mendapatkannya. Sony sebelum ini juga mengumumkan 4 pilihan warna baharu untuk DualShock 4 mereka.


TIPS & ULASAN