Skip to main content

Semalam, Google mengadakan satu acara penstriman khas berkenaan servis langganan penstriman permainan mereka iaitu Stadia Connect. Bersempena dengan acara tersebut, mereka berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan Stadia dan sebilangan senarai permainan yang bakal hadir.

https://www.youtube.com/watch?v=4FTNVUjYn6Q

Antara yang telah pun diumumkan adalah permainan seterusnya oleh CD Projekt Red iaitu Cyberpunk 2077 dan juga permainan Orcs Mus Die! 3. Selain itu, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan Destiny 2 juga bakal tiba di Stadia termasuklah pernambahan seterusnya buat permainan tersebut iaitu Shadowkeep.

Tambahan itu, Google juga berkongsi senarai lain yang diumumkan di yang mana bakal tiba di Stadia iaitu:

  • Kine
  • Darksiders Genesis
  • Windjammers 2
  • Destroy All Humans!
  • Mortal Kombat 11
  • Superhot bersama pernambahan Mind Control Delete
  • Farming Simulator 19 Platinum Edition
  • Samurai Shodown
  • GRID
  • Doom Eternal
  • Attack On Titan 2 Final Battle
  • Elders Scrolls Online
  • Borderlands 3
  • Watch Dogs Legion

Semestinya permainan yang tersenarai di atas kebanyakkan telah pun diumumkan sebelum ini. Meskipun begitu, mereka masih lagi memperlihatkan sebilangan video acah baharu buat permainan yang diumumkan melalui acara penstriman tersebut.

Servis langganan Google Stadia akan dilancarkan menjelang November ini yang mana ianya terdiri daripada beberapa pelan langganan dan edisi Founder yang menyertakan Google Chrome dan alat kawalan Stadia khas. Untuk segala informasi lanjut berkenaannya anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply