Skip to main content

Selain mengumumkan Orcs Must Die! 3 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Google Stadia, Google juga mengumumkan yang permainan baharu oleh CDPR iaitu Cyberpunk 2077 akan tiba untuk perkhidmatan penstriman permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=CcsZHPdMr1M

Cyberpunk 2077 sebelum ini sudah diumumkan akan tiba pada 16 April 2020, akan tetapi pengumuman Stadia hanya mengatakan ia akan datang. Ada kemungkinan yang ia akan dikeluarkan untuk Stadia bukan pada April tersebut tetapi pada satu tarikh yang lebih lambat.

Bermain Cyberpunk 2077 di Stadia mungkin bukan satu cara yang terbaik, akan tetapi ia juga mungkin satu cara termurah untuk bermain dengan kualiti grafik terbaik. Apa pun, kami masih ternanti-nanti demo terbaru untuk permainan tersebut dikeluarkan.

Leave a Reply