Skip to main content

Kerbal Space Program adalah permainan simulasi penjelajahan angkasa yang dibangunkan oleh Squad dan dikeluarkan pada tahun 2015 oleh Squad sebelum Private Division mendapatkan hak untuk permainan tersebut.

Semasa acara pembukaan Gamesom 2019, Private Division mengumumkan yang Kerbal Space Program 2 sedang dibangunkan akan tetapi oleh studio baharu iaitu Star Theory.

Mereka menjanjikan permainan baharu buat siri popular ini akan menyertakan pelbagai barangan baharu, visual yang lebih baik, sokongan mod yang lebih baik dan juga multi-pemain.

Kerbal Space Program 2 diumumkan akan tiba Mac 2020 untuk PC dan diikuti konsol PlayStation 4 serta Xbox One tidak lama kemudian.

Leave a Reply