Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Electronic Arts (EA) sebelum ini, mereka akhirnya memperlihatkan bentuk permainan Need For Speed: Heat secara rasmi ketika acara pembukaan Gamescom 2019 semalam.

Melaluinya, mereka mempertontonkan dengan lebih lanjut berkenaan perlumbaan siang iaitu Speedhunters Showdown yang memfokuskan pemain untuk berlumba demi ganjaran wang untuk membenarkan pemain membeli kereta baharu dan juga mengubah-suainya.

Dari segi perlumbaan malam pula, ianya akan memfokuskan bentuk perlumbaan haram yang pemain akan berlumba demi ganjaran “reputasi” di mana pemain juga akan dikejar oleh polis-polis yang pasti akan memberi cabaran buat pemain.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, selain daripada pengubah-suaian kenderaan, pemain juga berupaya untuk mengubah-suai watak-watak pelumba pemain sekaligus memberi pelbagai tetapan yang lebih mendalam.

Menariknya sekali, EA juga kini melancarkan satu aplikasi khas buat peranti iOS dan Android iaitu NFS Heat Studio di mana pemain berupaya untuk mengubah-suai kenderaan secara mudah alih. Melaluinya, pemain berupaya untuk melihat koleksi kenderaan pemain di samping mengubah-suai tetapan seperti cat, pelekat dan sebagainya. Menariknya setelah pemain selesai mengubah-suai, pemain berupaya untuk memuat-naik hasil pengubah-suaian tersebut terus ke dalam permainan Need For Speed: Heat.

Bagi anda yang berminat, aplikasi NFS Heat Studio sudah boleh dimuat-turun di iOS dan juga di Android.

Need For Speed: Heat akan dilancarkan pada 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Origin.

Leave a Reply