Skip to main content

Disintegration merupakan permainan pertama oleh studio pembangun V1 Interactive iaitu studio yang diasaskan oleh bekas pengarah kreatif untuk Bungie dan pencipta bersama Halo, Marcus Lehto.

Permainan ini telah diumumkan pada Julai lepas, semasa acara pembukaan untuk Gamescom 2019, satu video acah baharu dipertontonkan.

https://www.youtube.com/watch?v=f0AeSDjUVjs

Melalui video tersebut ia memperlihatkan watak utama bernama Roamer yang kelihatan seperti robot dan merupakan juruterbang untuk kenderaan yang dipanggil sebagai Gravcycle.

Selain melakukan serangan melalui kenderaan tersebut, Roamer juga berupaya untuk mengarah ahli pasukan yang tampaknya terdiri daripada tiga watak yang mempunyai keupayaan tersendiri.

Permainan ini akan menyertakan mod permainan secara solo dan juga multi-pemain iaitu pemain lawan pemain (PvP). Disintegration akan diterbitkan oleh Private Division iaitu syarikat penerbit di bawah Take-Two yang memfokuskan permainan indie.

Ia akan tiba sekitar tahun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply