Skip to main content

Setelah diacah beberapa kali, CD Projekt Red kini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi buat permainan The Witcher 3: Wild Hunt di konsol Switch yang mana ianya akan dilancarkan pada 15 Oktober 2019 ini. Pengumuman ini dilakukan ketika acara pembukaan Gamescom 2019 yang berlangsung semalam.

Melalui versi Switch ini, CD Projekt Red menjanjikan bahawa mereka akan melancarkan dengan edisi lengkap permainan tersebut, sekaligus menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, The Witcher 3: Wild Hunt merupakan permainan aksi dunia terbuka yang mempunyai bentuk penceritaan yang sangat mendalam dicampur dengan pelbagai bentuk fantasi yang sangat menarik. Ianya telah pun dilancarkan konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2015 lepas.

Semestinya bagi anda yang berminat untuk mengembara bersama Geralt sekali lagi secara mudah-alih, anda berupaya untuk berbuat demikian menjelang Oktober ini di mana menurut Nintendo, ianya akan dijual secara digital dan juga fizikal.

Leave a Reply