Ketika acara pembukaan Gamescom 2019 yang berlangsung semalam, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan seram Little Nightmares menjelang tahun hadapan.

Melalui Little Nightmares II, permainan tersebut akan menyertakan pelbagai elemen ngeri baharu yang mana pemain akan bermain sebagai watak baharu, Mono bersama-sama dengan watak daripada permainan sebelum ini, iaitu Six.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan tahun hadapan buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Dari segi informasi lain, mereka masih belum berkongsi berkenaannya.

Seperti biasa kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut dan bagi anda yang ingin menonton video acah pertamanya, anda boleh menonton video di bawah.

Sohor Kini