Skip to main content

Setelah diacah berkali-kali dengan pelbagai visual pernambah-baikkan yang diperlihatkan, Square-Enix hari ini akhirnya mengumumkan permainan Final Fantasy VIII Remastered bakal hadir menjelang 3 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Final Fantasy VIII asalnya dilancarkan di konsol Playstation 1 pada 20 tahun lepas dan ianya semestinya adalah salah satu permainan Final Fantasy yang sangat terkenal dan mempunyai ikutan ramai oleh peminat atas sebab visual grafiknya yang menarik dan bentuk permainan yang mengasyikkan suatu ketika dahulu.

Terkini, melalui edisi pernambah-baikkan ini, Square-Eninx bukan sahaja mempertingkatkan visual permainan dengan model watak yang lebih terperinci, malah terdapat beberapa tetapan tambahan seperti mod pembantu ketika bertempur seperti tingkat nilai nyawa, tiada pertempuran dan juga keupayaan untuk mempercepatkan sesi permainan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang September ini.

Leave a Reply