Skip to main content

Kemaskini: Video acah rasmi oleh Kojima Productions disertakan.

Seperti yang dijanjikan oleh Geoff Keighley sebelum ini, Hideo Kojima hari ini memperlihatkan sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan Death Stranding di acara pembukaan Gamescom 2019 yang berlangsung di Cologne, Jerman hari ini.

Melaluinya, Hideo Kojima memperlihatkan sebilangan video acah yang mana beliau bukan sahaja memperlihatkan watak MAMA dan Deadman yang diumumkan sebelum ini, malah watak penampilan khas iaitu Geoff Keighley sendiri bersama-sama dengan bentuk permainan.

Watak MAMA yang dilakonkan oleh Margaret Qualley diperlihatkan dengan lebih lanjut di mana beliau mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan di dunia lain. Namun, disebabkan kelahiran tersebut, tali pusat anak beliau masih lagi bersambung di dunia lain, sekaligus ianya menjadi lutsinar di dunia nyata.

Semestinya kami sendiri di Aksiz tidak mempunyai sebarang penjelasan yang jelas memandangkan permainan ini masih lagi belum dilancarkan. Namun, konsep antara dua dunia iaitu dunia yang hidup dan dunia yang mati kelihatan memainkan peranan yang penting buat permainan Death Stranding ini.

Watak seterusnya yang diperlihatkan adalah Deadman, di mana beliau adalah watak yang dilakonkan oleh Guillermo Del Toro. Namun dari segi suara latar, watak tersebut dilakonkan oleh Jesse Corti.

Menariknya, melalui video tersebut, Deadman juga berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan Brige Baby, iaitu bayi yang bakal pemain bawa di dalam keseluruhan permainan Death Stranding. Menurut beliau, bayi tersebut memainkan peranan yang penting buat watak Sam Bridges iaitu pemain untuk berhubung antara dua dunia di dalam permainan tersebut.

Selain itu, Hideo Kojima juga memperlihatkan video acah baharu buat bentuk permainan Death Stranding yang mana ianya dimulakan dengan watak Sam Bridges yang sedang tidur dan bangun untuk kencing. Menariknya, terdapat satu meter khas untuk nilai dan jumlah kencing yang pemain boleh lakukan, sekaligus permainan ini mungkin akan mempunyai beberapa elemen pertahanan hidup.

Selain itu, video tersebut juga memperlihatkan penampilan watak khas, Geoff Keighley yang mana beliau hadir sebagai watak “Ludens Fan” yang pemain boleh bantu dan melakukan sebilangan misi sampingan.

Dari segi aspek yang lain, permainan tersebut juga menyertakan beberapa sokongan melalui kawalan secara pergerakkan melalui Dualshock 4 yang mana pemain boleh mengoncang bayi Bridge Baby dengan menggerakkan alat kawalan tersebut. Namun, kesan goncangan tersebut akan memberi impak buat bayi tersebut berdasarkan apa yang dilakukan oleh pemain.

Death Stranding akan dilancarkan di Playstation 4 pada 8 November 2019 ini dan bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan edisi permainan yang dijual, anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply