Informasi Permainan Video Terkini
Orcs Must Die! 3 Diumumkan – Bakal Hadir Secara Eksklusif Di Stadia

Orcs Must Die! 3 Diumumkan – Bakal Hadir Secara Eksklusif Di Stadia

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Ketika acara Stadia Connect yang berlangsung hari ini, Robot Entertainment mengumumkan mereka akan membawa kembali permainan Orcs Must Die! dengan permainan ketiga secara eksklusif di platform Stadia.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri permainan ini, ianya adalah permainan pertahanan yang memfokuskan pemain untuk bertempur dengan sekumpulan raksasa Orcs yang banyak.

Menariknya, melalui permainan ketiga ini, Robot Entertainment menjanjikan ianya akan menyertakan sehingga 500 raksasa Orcs untuk pemain tempuhi di dalam satu peringkat.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan ianya kelihatan akan mempunyai pelbagai perangkap yang pemain boleh tetapkan dan ia akan menyokong bentuk permainan secara multi-pemain.

Namun buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan sebarang informasi lanjut juga tidak dikongsikan. Seperti biasa kami akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN