9to5Mac hari ini melaporkan yang harga langganan untuk perkhidmatan Apple Arcade mungkin serendah $4.99(~RM20) sebulan dan ia juga menyertakan sebulan percuma untuk percubaan.
Menurut laporan tersebut, ia adalah berdasarkan mesej promosi yang terdapat di dalam API untuk App Store. Kebiasaan untuk aplikasi dengan harga $4.99, App Store akan menawarkan dengan harga RM19.90 di Malaysia.
Oleh disebabkan itu, jika ia adalah tepat, berkemungkinan besar harga langganan untuk pengguna di Malaysia adalah RM19.90. Namun, buat masa ini tiada pengesahan daripada Apple, jadi ia mungkin akan berubah.
Apple dijangkakan akan melakukan pengumuman lanjut semasa acara khas September ini bersama dengan pengumuman iPhone baharu. Apa pendapat anda mengenai harga langganan tersebut?