Skip to main content

Dengan berlangsungnya acara penstriman khas Xbox sempena Gamescom 2019, Microsoft hari ini mengumumkan sebilangan permainan baharu yang bakal tiba buat langganan Xbox Game Pass yang mana ianya terdiri daripada pelbagai permainan yang akan dilancarkan secara berperingkat.

Menariknya, bermula hari ini Microsoft mengumumkan permainan Devil May Cry 5, Stellaris dan Age Of Empires: Definitive Edition kini tiba buat langganan tersebut.

Semestinya permainan Devil May Cry 5 hanya tiba buat Xbox Game Pass di konsol Xbox One sahaja termasuklah Stellaris. Bagi permainan Age Of Empires: Definitive Edition pula ianya adalah khas buat Xbox Game Pass di PC.

Selain itu, Microsoft juga umum terdapat 4 lagi pemrainan lain yang bakal tiba termasuklah permainan Blair Witch Project akan datang yang mana bakal tiba di langganan Xbox Game Pass. Berikut adalah senarai penuh mengikut tarikh:

  • 19 Ogos 2019 – Age Of Empires: Definite Edition (Xbox Game Pass PC), Devil May Cry 5 (Xbox Game Pass konsol), Stellaris (Xbox Game Pass Konsol, PC akan datang)
  • 22 Ogos 2019 – Ape Out (Xbox Game Pass PC), Kingdom Come: Deliverance (Xbox Game Pass PC dan Konsol)
  • 27 Ogos 2019 – Bard’s Tale IV (Xbox Game Pass Konsol dan PC)
  • 30 Ogos 2019 – Blair Witch Project (Xbox Game Pass konsol dan PC)

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, Microsoft juga umum tawaran istimewa khas buat mereka yang masih belum melanggan Xbox Game Pass yang mana ianya ditawarkan dengan harga hanya $2(~RM9) buat langganan pertama kali selama 2 bulan.

Semestinya dengan tawaran ini, perpustakaan permainan Xbox Game Pass semakin bertambah yang mana pasti membuahkan hasil langganan yang sangat berbaloi.

Leave a Reply