Di acara Inside Xbox bersempena Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka memperlihatkan satu video acah baharu untuk Empire of Sin iaitu permainan oleh Romero Games dan Paradox Interactive.

Ia sebelum ini diumumkan semasa Nintendo Direct, melalui video acah baharu, ia memperlihatkan bentuk permainan dengan lebih mendalam. Selain pertempuran, ia juga memperlihatkan pengurusan organisasi jenayah.

Empire of Sin akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada suku kedua tahun 2020.

Sohor Kini