Skip to main content

Di acara Inside Xbox bersempena Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pengeluaran untuk permainan mudah alih Gears POP!.

Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada 22 Ogos 2019. Gears POP! boleh dikatakan mengikut bentuk permainan Clash Royale oleh Supercell tetapi mempunyai keunikan sendiri melalui sistem pelindung serta watak dan senjata yang berlainan.

Jika anda berminat dan ingin memuat turun segera apabila ia dikeluarkan kelak, anda kini boleh pra-daftar melalui App Store dan juga Play Store.

Leave a Reply