Skip to main content

Di acara Inside Xbox bersempena Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka memperlihatkan satu video acah baharu untuk NBA 2K20 yang memfokuskan mod MyCareer.

Mod MyCareer merupakan antara mod yang disertakan di dalam siri permainan NBA 2K. Ia memfokuskan pemain membina pemain sendiri termasuk juga meningkatkan tahap.

Selain itu ia juga menyertakan penceritaan. Berdasarkan video acah tersebut, tampaknya selain menyertakan pemain, ia juga akan menyertakan pelakon terkenal antaranya adalah Idris Elba yang tampaknya menjadi jurulatih.

Penceritaan ini juga diterbitkan oleh SpringHill Entertainment iaitu syarikat produksi diasaskan oleh LeBron James. NBA2K20 akan tiba untuk PlayStaiton 4, Xbox One, Switch, PC pada 6 September 2019.

Leave a Reply