Nintendo hari ini melangsungkan acara Indie World iaitu rancangan di mana mereka berkongsi permainan indie yang bakal tiba di platform Switch.

Seperti ura-ura sebelum ini, Ori and the Blind Forest akhirnya diumumkan secara rasmi untuk Switch dan permainan pengembaraan platformer tersebut akan tiba pada 27 September 2019.

Ia dibangunkan oleh Moon Studios dan diterbitkan oleh Microsoft Studios atau kini dikenali sebagai Xbox Games Studios. Versi Switch ini menjadikan permainan tersebut buat pertama kali hadir selain daripada platform Microsoft iaitu Xbox One dan PC.

Versi Definitive Edition menyertakan pelbagai penambahan kandungan termasuk juga tahap kesukaran.

Sohor Kini