Nintendo hari ini melangsungkan acara Indie World iaitu rancangan di mana mereka berkongsi permainan indie yang bakal tiba di platform Switch.

Pengumuman pertama yang diumumkan adalah Risk of Rain 2 akan dikeluarkan untuk Switch dan permainan rogue-like tersebut akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Ia dibangunkan oleh Hopoo Games dan diterbitkan oleh Gearbox Software dan sudah dikeluarkan secara akses awal di Steam untuk PC pada awal tahun ini.

Sohor Kini