Mojang pada minggu lepas telah mengumumkan yang mereka membatalkan projek Pek Super Duper Graphic yang akan meningkatkan kualiti grafik untuk Minecraft.
Namun, tampaknya Minecraft akan tetap kelihatan lebih baik apabila NVIDIA mengumumkan kerjasama dengan Mojang untuk menyertakan sokongan Ray Tracing bagi permainan tersebut.
Teknologi Ray Tracing yang akan menghasilkan kesan pencahayaan yang lebih realistik dan mendalam akan membantu untuk meningkatkan kualiti grafik bagi Minecraft.
Di dalam video yang diperlihatkan, sudah jelas perbezaan grafik yang disediakan dengan teknologi tersebut, ia betul-betul memberikan satu perasaan yang berlainan untuk permainan tersebut.
Sokongan tersebut dijangka akan tiba sekitar tahun hadapan.