Skip to main content

Hujung minggu lepas berlangsungnya kejohanan eRacing Grand Prix SEA bagi pusingan separuh akhir yang mana terdapat 45 pelumba berentap untuk ke pusingan akhir. Kejohanan tersebut berlangsung di pusat membeli belah 3 Damansara hujung minggu lepas.

Sebanyak 45 pelumba yang berjaya ke pusingan separuh akhir dan mereka dibahagi kepada 3 kumpulan terdiri daripada kumpulan merah, biru dan hijau di mana hanya 5 pelumba sahaja bagi setiap kumpulan yang akan berjaya ke pusingan akhir.

Sepanjang 2 hari acara tersebut berlangsung, hanya 15 pelumba sahaja yang berjaya ke pusingan akhir iaitu:

  1. Mior Muhammad Hafiz Bin Mior Lahmudin
  2. Amir Haziq Bin Amiruddin
  3. Kei Iskandar Bin Hisham Hideo Tanaka
  4. Muhammad Huzaifah Bin Wan Rosli
  5. Mohd Taufiq Mohyin
  6. Mohammad Afif Suhaimi
  7. Ayman Aqeem Abbas
  8. Khairur Azhan Shadan
  9. Muhammad Uzair
  10. Goh Yih Ying
  11. Mohd Shahril Nindar
  12. Wooi Kit Low
  13. Mohd Faizal Bin Kamez
  14. Dhanesh Wigneswaran
  15. Muhammad Safuan Syukri

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kejohanan ini dibawahkan khas oleh Axle Motorsport yang mana ianya bertujuan untuk membawa pelumba maya sebagai pelumba profesional secara nyata yang mana sebelum ini ianya mula diperkenalkan di Hong Kong tahun lepas.

Menurut Alex Yoong, pengasas Axle Motorsport, beliau sendiri sangat kagum dengan pelumba-pelumba yang menyertai kejohanan ini terutama 15 pelumba terbaik yang mana pretasi perlumbaan yang sangat baik sekali.

Menurut Mohammad Afif Suhaimi, salah seorang 15 pelumba terbaik buat eRacing Grand Prix SEA, beliau menyatakan bahawa sejak beliau menyertai kejohanan ini, beliau bukan sahaja menerima pelbagai jenis nasihat malah beliau juga menemui pelbagai kenalan di arena perlumbaan yang mana pasti adalah satu pengalaman yang mengagumkan.

Bagi anda yang ingin menyaksikan pusingan akhir kejohanan tersebut, ianya bakal berlangsung pada 31 Ogos hingga 1 September 2019 ini di 3 Damansara, iaitu lokasi yang sama dengan pusingan separuh akhir hujung minggu lepas.

Seperti biasa, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut termasuklah juara kejohanan tersebut setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply