Minggu lepas kami melaporkan yang DualShock 4 iaitu alat kawalan untuk PlayStation 4 bakal hadir dengan 4 pilihan warna baharu – Electric Puprle, Red Camouflage, Titanium Blue dan Rose Gold.

Hari ini, SIES mengumumkan yang pilihan warna tersebut akan dipasarkan di Malaysia pada 6 September 2019 dan harga yang disyorkan adalah RM259.

Selain itu, set fon kepala Gold Wireless dengan warna Rose Gold akan ditawarkan sekitar bulan Oktober 2019 dengan harga yang disyorkan RM449.

DS4 dan juga set fon kepala tersebut akan ditawarkan melalui pengedar rasmi dan juga kedai Sony sendiri.

Sohor Kini