Skip to main content

Hujung minggu lepas berlangsungnya acara kejohanan Beat Saber yang dijayakan oleh Jitu Unggul dan Geek Empire di mana kejohanan tersebut berlangsung selama 3 hari bermula 16 hingga 18 Ogos lepas.

Sepanjang 3 hari kejohanan tersebut berlangsung, hanya 3 sahaja yang berjaya ke pusingan akhir di mana mereka bermain dengan begitu baik sekali untuk dua muzik pilihan iaitu Believer oleh Imagine Dragons dan We Won’t Be Alone oleh Feint sebanyak 5 pusingan.

Dengan markah sebanyak 1,273,645, Ashley “Vause” Foo berjaya menjuarai kejohanan tersebut dan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM300. Tempat kedua pula diikuti oleh Keiiro Yap dan Muhammad Nur Hafizan Bin Sulaiman di mana mereka membawa pulang wang hadiah sebanyak RM150 dan RM50.

Menurut Ashley Foo, beliau sangat berpuas hati dengan kejohanan tersebut walaupun ianya adalah satu pertandingan kecil, namun segala persediaan termasuklah sesi penstriman yang disediakan oleh pihak Jitu Unggul dan Geek Empire merupakan satu kejayaan yang besar.

Sebagai seorang pemain Beat Saber, Ashley sendiri juga mempunyai set realiti-maya HTC Vive dirumah di mana beliau sering bermainnya sekitar 2 hingga 3 kali seminggu dan muzik kesukaan beliau di dalam permainan Beat Saber adalah Nuclear Star oleh AtomicX.

Dengan kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan tahniah buat pemenang yang menjuarai kejohanan Beat Saber dan bagi anda yang ingin melihat keseluruhan sesi penstriman kejohanan tersebut, anda boleh ke laman Facebook Rasmi Jitu Unggul.

Leave a Reply