Informasi Permainan Video Terkini
Berikut Adalah Senarai Perlawanan Pusingan Playoff Untuk The International 9 – OG Memilih Newbee

Berikut Adalah Senarai Perlawanan Pusingan Playoff Untuk The International 9 – OG Memilih Newbee

Diterbitkan pada Ogos 19, 2019 oleh .

Peringkat kumpulan untuk kejohanan terbesar DOTA 2 sudah selesai dan ia memperlihatkan dua pasukan iaitu Chaoes Esports Club dan Ninjas in Pyjamas tersingkir selepas berada di tempat terakhir untuk kumpulan masing-masing.

Bagi kumpulan A, PSG.LGD iaitu naib juara bagi The International 8 (TI8) menjuarai kumpulan tersebut dengan mendapat 5 kemenangan dan 3 seri. Mereka diikuti Team Secret, Newbee dan TNC Predator sebagai pasukan yang layak ke pusingan Playoff untuk Kurungan Atas (Upper Bracket).

Alliance, Mineski, Team Liquid, dan Keen Gaming layak ke pusingan playoff untuk Kurungan Bawah (Lower Bracket).

Kumpulan B pula melihatkan juara TI8 iaitu OG menjuarai kumpulan tersebut dengan 6 kemenangan serta 2 seri. Mereka diikuti Vici Gaming, Evil Geniuses dan Virtus.Pro sebagai pasukan Kurungan Atas.

Manakala pasukan Infamous, Fnatic, Natus Vincere dan Royal Never Give Up layak ke pusingan Playoff untuk Kurungan Bawah.

Di pusingan Playoff pula, juara kumpulan dibenarkan untuk memilih pasukan ke-3 atau ke-4 kumpulan lain sebagai lawan. PSG.LGD memilih pasukan di tempat ke-4 iaitu Virtus. Pro manakala OG memilih pasukan di tempat ke-3 iaitu Newbee berbanding TNC Predator.

Oleh itu di Kurungan Atas untuk Playoff akan melibatkan perlawanan berikut;

  • PSG.LGD lawan Virtus.Pro
  • Vici Gaming lawan TNC Predator
  • OG lawan Newbee
  • Team Secret lawan Evil Geniuses

Manakala untuk Kurungan Bawah pula akan melibatkan perlawanan berikut;

  • Alliance lawan Royal Never Give Up
  • Fnatic lawan Team Liquid
  • Infamous lawan Keen Gaming
  • Mineski lawan Natus Vincere

Pasukan Kurungan Atas yang tewas masih berpeluang untuk meneruskan perjalanan mereka kerana mereka akan melawan pemenang bagi perlawanan di Kurungan Bawah.

Berdasarkan prestasi di peringkat kumpulan, adakah kita akan melihat pasukan yang sama di peringkat akhir kelak? Tetapi ini adalah The International, apa pun boleh berlaku.


TIPS & ULASAN