Skip to main content

Bandai Namco dan Double Fine hari minggu ini berkongsi video pelancaran buat permainan aksi rogue-like mereka iaitu RAD.

RAD merupakan permainan aksi yang memfokuskan lokasi radioaktif pasca-apokaliptik di mana pemain akan bermain dan bertempur di dalam dunia tersebut. Menariknya, dunia permainan tersebut dijana secara tersendiri dengan berkonsepkan mutasi dan pemain juga berupaya untuk mengubah bentuk badan pemain dengan pelbagai jenis mutasi berbeza.

RAD akan dikeluarkan pada 20 Ogos 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC dan kini boleh di pra-tempah dengan harga bermula RM49.

Leave a Reply